Tuesday, 11 October 2016

Petua Menghilangkan Rasa Sakit Gigi Tanpa Ubat

  • Daun Jambu Batu
Daun jambu batu mempunyai kesan untuk menurunkan keadaan keradangan pada gigi. Tidak hanya itu, daun jambu batu juga dikarunai sifat anti-mikrob dan analgesik yang boleh meringankan sakit gigi.
 
Cara menghilangkan sakit gigi pakai daun jambu batu ada dua model. Pertama, Anda boleh mengunyah mereka selama beberapa minit hingga kandungannya bekerja untuk menghilangkan sakit gigi. Atau, kedua, Anda boleh merebus daun jambu biji hingga mendidih, lalu dinginkan. Campur dengan garam dan gunakan sebagai ubat kumur.
 
  • Daun Bayam
Daun bayam tidak sahaja dimakan sebagai sayur sihat yang tinggi serat, tetapi ia juga dicetuskan sebagai golongan tanaman hebat untuk sakit gigi Anda. Lakukan rawatan sakit gigi sama seperti daun jambu batu. Mula-mula Anda bersihkan bayam mentah lalu kunyah mereka. Ini boleh dikerjakan di rumah, jadi Anda boleh sambil berehat.

  • Ekstrak Vanila
Rawatan sakit gigi rumahan yang selanjutnya boleh Anda cuba adalah memakai ekstrak vanila. Pernah dengar kaedah ini? Rawatan ini akan bekerja memberi rasa tenang pada gigi Anda. Mula-mula Anda siapkan bola kapas, lalu celupkan ke dalam ekstark vanila. Tampal atau sapukan kapas pada kawasan yang terjejas. Kaedah rawatan semulajadi ini boleh dilakuakn beberapa kali setiap hari untuk mendapatkan hasil terbaik.

  • Daun Teh Hijau
Teh hijau adalah minuman kesihatan bagi masyarakat India dan China, sebab mereka awal mula tumbuh di daerah tersebut. Daun teh hijau ternyata mempunyai kesan menyembuhkan sakit gigi, jadi jom Anda cuba. Ini boleh berlaku kerana ia mengandungi asid tannic dan catechin yang mampu menguatkan gigi.

Petua hilangkan sakit gigi dengan daun teh hijau bermula dengan mencuci daun teh hijau, lalu mengunyahnya. Ini sama dengan rawatan memakai daun bayam atau jambu batu untuk kurangkan sakit gigi. Kunyahlah daun selama 5 minit dan boleh dilaksanakan 2 - 3 kali sehari.

  • Ubat Gigi
Toothpaste atau ubat gigi yang biasa Anda gunakan untuk menggosok gigi haruslah dengan kandungan lembut yang tidak banyak mengandungi zat yang kasar (perosak struktur gigi). Walaupun tujuan Anda agar gigi menjadi putih, tapi bila jalan yang ditempuh salah maka hanya mengakibatkan sakit gigi. Cara berus gigi yang bagus pun ternyata ada panduannya, iaitu dengan tidak terlalu lama serta tidak menggosok gigi dengan kencang.

  • Timun
Siapa suka timun? Sayur berbentuk bujur dengan warna hijau muda ini termasuk ke dalam salah satu rawatan rumah untuk sakit gigi. Ia mempunyai kesan sejuk dan menenangkan pada kawasan sakit yang Anda rasakan.

Potonglah timun menjadi beberapa bahagian yang berbeza, lalu tambahkan garam. Kunyah setiap bahagian secara bergilir-gilir. Bila sebelum melaksanakan rawatan ini timun Anda simpan dalam lemari ais, maka keluarkan dan biarkan beberapa minit sehingga suhunya tidak sejuk. Barulah dipakai.

  • Kentang
Kentang termasuk makanan lunak dengan kandungan karbohidrat kompleks cukup tinggi yang boleh menggantikan fungsi nasi. Tahukah Anda kalau kentang adalah makanan enak yang mudah dicerna dan kaya akan nutrisi? Dengan adanya itu, mengunyah kentang mentah (sebelumnya dihiris dahulu kecil-kecil) dengan sedikit garam akan membantu meredakan sakit gigi anda.

  • Baking Soda
Di pelbagai laman web kesihatan, mungkin baking soda sering dimasukkan ke dalam senarai bahan semulajadi untuk membantu menghilangkan sakit gigi, right? Sebetulnya, ia tidak hanya bagus sebagai ubat sakit gigi, melainkan juga untuk memperbaiki masalah pada kulit dan rambut.

Gunakan baking soda untuk hilangkan sakit gigi dengan cara mencampurkannya denga air, lalu celupkan kapas. Sapukan kapas pada kawasan yang terjejas. Atau kaedah lain dalam rawatan yang sama memakai bakin soda ialah dnegan mencampurkan sedikit air panas denga baking soda, lalu taburkan pada mulut Anda.

  • Bilas Mulut Pakai Air Garam
Ini sudah menjadi rahsia umum bahawa sesungguhnya air garam adalah ramuan mujarab untuk menyembuhkan sakit gigi. Tapi kadang sebahagian orang mengeluh kerana ketika melakukannya gigi jadi terasa lebih sakit, memang begitu. Tapi yakinlah kalau ini adalah petua hilangkan sakit gigi yang paling mudah yang boleh Anda lakukan sebab garam itu banyak faedahnya.
 
Siapkan satu gelas air hangat, lalu tambahkan beberapa sudu makan garam (jangan banyak-banyak). Aduk airnya dan gunakan sebagai ubat kumur, jangan ditelan. Pastikan agar mengenai bahagian gigi yang sakit. Lakukan secara berulang dan rasakan kesannya.

No comments:

Post a Comment